Semenjak PRU ke-12 tempoh hari, semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Setiap tingkah laku, idea dan kata-kata yang keluar dari mulut beliau mesti direkodkan oleh wartawan dalam dan luar negera. Sampaikan pak menteri, ahli parlimen dan pak polis cemburu lantas membuat satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.
Hairankan. Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan 4 tahun lalu dan sebelum Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU ke-12, tiada wartawan Utusan dan Berita Harian nak cover citer pasal Anwar Ibrahim. Pada PRU yang lalu, Anwar pernah berkata biarkan BN bergolok bergadai nak menang besar di Terengganu dan Kelantan, sedangkan Pulau Pinang dan Selangor nak 'tumbang'; tidak ada seorang pun ahli BN yang dengar kata2 Anwar Ibrahim pada masa itu.
Sekarang nie, apabila 5 buah negeri diperintah oleh BA dan seterusnya menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, tiba-tiba semua mata tertumpu kepada beliau. Ini termasuklah Saiful Bukhari yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Si Saiful nie bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU ke-12 yang lalu. Selepas 4 bulan bekerja dengan Anwar, tiba-tiba dia buat police report mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sejarah 10 tahun yang lepas berulang kembali dengan jalan cerita yang sama, pelakon yang hampir sama walaupun ada beberapa muka pelakon baru. Semua camera man dan reporter seluruh dunia berlumba-lumba nak cari cover story pasal Anwar Ibrahim.
Seperti yang dijangkakan, bila isu Anwar Ibrahim menjadi "terhangat dipasaran", semua reporter, camera man, pak polis, pak menteri, ahli parlimen, pak hakim dan pak peguam berpusu-pusu membuat andaian, telahan dan fitnah-memfitnah. Mulalah pak polis sekelian membuat sekatan jalan raya terutama di Lembah Klang, dengan alasan untuk menjaga ketenteraman awam, sebab takut berlakunya demonstrasi jalanan.
Kenapa Pak Menteri Dalam Negeri dan Pak Polis sibuk dengan kes Anwar Ibrahim? Mana perginya Polis yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam? Semalam Malaysia digemparkan dengan kejadian tembak menembak yang berlaku di Taman Leh Sen Cheras, dimana, pengurup wang dikenali sebagai Rajan, 45, cedera parah di kepala dan perut selepas terkena tembakan.Mangsa ‘diserang hendap’ oleh beberapa orang dalam dua kereta yang melepaskan sekurang-kurangnya 30 das tembakan secara melulu.
Hari ini pulak, Seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan tergamam apabila melihat sekujur tubuh wanita terbaring dan berbogel dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, awal pagi semalam. Mayat tukang urut berkenaan yang berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di kedua-dua pergelangan tangannya.
Itu belum lagi kes pembunuhan kejam Allahyarham Adik Nurin Jazlin, kehilangan adik Sharlini, adik Asmawi, kes Altantuya dan banyak lagi KES JENAYAH yang sepatutnya disiasat oleh pihak polis.
Tetapi terbalikkan, kenapa Pak Musa Hasssan beriya-iya nak tangkap Anwar Ibrahim... Ini mesti "Something goes wrong somewhere" ... iskh macam dialog Mak Angkat Zoela pulak dalam citer Sinderalela...
Monday, July 21, 2008
Something goes Wrong Somewhere
Thursday, July 17, 2008
Malaysiakini Poll Anwar v. Shabery
This info was received from blogger :hardyweb:perjalanan hidupku™
A total of 18,684 readers had participated in the poll, of which 17,240 or 95 percent said Anwar was more convincing in his arguments.
And when it comes to how the two debaters fared on a scale of 1 to 10, Anwar appeared to have outclassed Shabery.
Wednesday, July 16, 2008
Anwar ditahan Polis Bertopeng
Seperti yang dijangkakan. Sejarah 10 tahun yang lalu berulang lagi. DSAI ditahan oleh pihak polis dihadapan rumahnya. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. Cuma kali ini difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.Lagi...
Debat Bersejarah Anwar - Shabery
Semalam menonton debat di antara DSAI dan Shabery Cheek. Tajuk perbahasan semalam berbunyi seperti berikut " Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' Kalu di berikan rating antara 0-5, saya berikan 5 point kepada DSAI dan 0 point buat Shabery Cheek. Kenapa saya letakkan rating yang tinggi buat DSAI dan 0 buat Shabery Cheek... Marilah kita analisa statement diantara dua pendebat ini:
Ok, sekarang mari kita analisa hujah dari DSAI:
- Kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurunkan harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.
- Kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak
- Menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga bahan bakar tersebut.
- Pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.
- Negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.
- Kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.
- Membangkitkan persoalan kenapa bantuan diberikan kepada pelabur dan tauke perniagaan besar di pangil insentif. Tetapi untuk rakyat petani, nelayan, peladang, orang awam, pekerja kilang di panggil subsidi. Mengapa istilah subsidi ini cuba diberi gambaran buruk oleh kerajaan BN. Sedangkan kedua2nya adalah berbentuk bantuan dan kearah maksud yang sama.
- Menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.
- Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya. Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.
- Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenainya. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan. Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.
Kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.
Mari kita teliti hujah dari Shabery Cheek:
- Kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.
- Harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.
- Jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntungkan orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya
- Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.
- Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.
- Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.
- Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.
Rasa-rasanya, daripada pembentang hujah tersebut, hujah yang manakah lebih relevan dengan tajuk perbahasan dan mempunyai fakta yang kukuh? Apa yang saya minta, adililah pengujahan mereka dari sudut pandangan untuk memakmurkankan rakyat Malaysia, bukannya berdasarkan kepada fahaman politik.
Akhir kata, saya benar-benar teruja sekiranya di adakan perdebatan sekali lagi dan kali ini pihak kerajaan BN pula menjemput Tun Mahathir. Nak dengar jugak, apa kata Tun nie.
Tuesday, July 15, 2008
Debat di DBP: Dua jurufoto dipukul
Petikan Berita diperolehi dari Malaysia Kini
Tiga jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.
Debat selama sejam itu menyaksikan pertikaman hujah antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Datuk Shabery Cheek malam ini.
Kekecohan berlaku apabila petugas media tersebut dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar.
Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu.
Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan - dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com - datang membuka pintu bilik tersebut.
Ketika itu, seorang petugas keselamatan didakwa telah membentes kaki seorang jurugambar yang sedang turun tangga, menyebabkan dia tersungkur.
Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara jurugambar berkenaan dan dibantu oleh petugas yang lain, dengan petugas keselamatan dan rakan-rakannya.
Keadaan ini menyebabkan anggota polis datang dan membantu membawa jurugambar keluar dari situ, sehingga ke luar kawasan lobi.
Apabila mereka sampai di luar, dengan diiringi oleh beberapa anggota polis, petugas keselamatan berkenaan meluru dan memukul jurugambar berkenaan.
Polis meleraikan keadaan sehingga semua petugas media keluar dari tempat tersebut.
Dua jurugambar tersebut dikenali sebagai Khairul Hasnor Mohamad KhalThe Edge ili dari dan Zulkifli Ersal dari The Sun. Seorang lagi ialah Halim Berber dari SIPA Press dari Perancis.
Ketika ditemui, Zulkifli berkata, petugas keselamatan tersebut menendangnya di bahagian perut.
Difahamkan mereka mereka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Turut membuat laporan ialah Hanafiah Hamzah dari Channel News Agency (CNA).
Sementara itu di luar dewan debat, kira-kira 200 berkumpul dengan harapan dapat masuk untuk mengikuti dengan dekat perdebatan bersejarah itu.
Mereka, termasuk hampir 50 penyokong Angkatan Muda PKR, berkumpul sebelum jam 9 malam lagi sehingga setengah jam selepas tamat perdebatan itu.
Selepas gagal menyertainya - kerana penonton yang dibenarkan masuk hanya yang memilik pas khas - mereka menonton siaran langsung melalui televiyen di warung di penjuru luar dewan tersebut.
Kira-kira 50 anggota polis, termasuk trafik, mengawal keadaan di luar pagar Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuesday, July 8, 2008
Antarctic Iceberg - Excellent Photos.
Icebergs in the Antarctic area sometimes have stripes, formed by layers of snow that react to different conditions. Blue stripes are often created when a crevice in the ice sheet fills up with meltwater and freezes so quickly that no bubbles form. When an iceberg falls into the sea, a layer of salty seawater can freeze to the underside. If this is rich in algae, it can form a green stripe. Brown, black and yellow lines are caused by sediment, picked up when the ice sheet grinds downhill towards the sea.
Friday, July 4, 2008
Cara Mententeramkan Jiwa
Marilah lupakan sekejap hal politik Malaysia dan kembalilah kepada fikrah kehidupan manusia yang sebenar... Mencari keredhaan Allah
Buat mereka yang hatinya gundah gulana... Berikut adalah cara-cara untuk mententeramkan jiwa
Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat , Abdullah bin Mas’ud r.a dan berkata : “Wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram , fikiranku kusut musut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah bin Mas’ud r.a telah menjawab : “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat..Pertama , ke tempat orang sedang membaca Al Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah dengan Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu.” Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al Quran dengan penuh Khusyuk. Selesai membaca Al Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang dialami selama ini terus hilang .
Kes Liwat Anwar Adalah Kecuaian Terbesar PAKATAN!
Berikutan kes Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat seorang bekas pemimpin MPP Uniten yang PRO-Aspirasi, pemimpin PAKATAN RAKYAT dinasihatkan untuk lebih berhati-hati, khususnya dalam memilih pembantu atau kakitangan.
Kes ini bukan sekadar satu tuduhan serius terhadap Anwar, tetapi ianya turut melibatkan soal imej parti. Walaupun ianya nampak seperti suatu rekaan tetapi kesannya agak besar. Tuduhan liwat ini adalah kecil jika dilihat dari sudut PAKATAN yang seharusnya memandang serius soal kerahsiaan.
Anwar merupakan orang penting dalam PAKATAN dan pastilah agen Umno ini telah membocorkan banyak rahsia semasa beliau mendekati Anwar.
Keadaan ini sebenarnya turut berlaku kalangan ramai wakil rakyat yang baru serta barisan kepimpinan PAKATAN. Ramai yang mengambil kakitangan dan pembantu tanpa merujuk kepada parti atau menyiasatnya terlebih dahulu.
Di Lembah Klang sendiri, ada beberapa wakil rakyat yang mengajikan pekerja yang tidak diketahui asal usul. Asal sahaja mereka kata mereka itu sokong PAKATAN dan tunjukkan kesungguhan mereka terus di ambil berkerja. Akibatnya, ada kalangan wakil rakyat ini yang ditipu, malah ada yang mengambil kesempatan menyalahgunakan kedudukan wakil rakyat berkenaan untuk kepentingan tertentu.
Justeru itu, satu perincian dan proses tapisan perlulah diadakan sebelum mengambil mana-mana kakitangan. Keutamaan perlulah diberikan kepada ahli parti yang telah lama terlibat dan juga memahami budaya kerja serta pandai menjaga rahsia parti.
Kalau hari ini Anwar di tuduh meliwat, esok siapa pula pimpinan PAKATAN yang kena?
Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan
Sumber Dari Harakah Daily
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya. Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.
Thursday, July 3, 2008
Kenapa hanya Saiful sahaja yang di liwat Anwar???
Sumber dari : HermanSamsudeen
Laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada hujung minggu lepas berjaya menarik perhatian seluruh negara, malah seluruh dunia kini ternanti-nanti kesan langsung dari laporan itu. Anwar Ibrahim yang 10 tahun lalu pernah dikaitkan dengan kes Liwat kini menjadi buruan media bagi kes yang serupa.
Walaubagaimana pun, jalan cerita ini tidaklah sukar dibaca kerana skripnya meniru skrip asal yang dibuat oleh Mahathir. Seorang lelaki yang rapat dengan Anwar dijadikan kambing hitam untuk mengaku diliwat.
Huh! begitu sekali mereka merencana cerita ini. Pastinya kini, orang-orang dikiri kanan Anwar khususnya para pembantunya perlu berhati-hati jika benar Anwar seorang peliwat.
Saya juga kenal beberapa orang pembantu Anwar yang lebih hensem dan menarik dari Saiful nie. Tapi pelik. Kalau benar Anwar seorang homoseks kenapa hanya Saiful yang jadi mangsa? Selepas dibebaskan dari penjara empat tahun lalu pasti ada orang lain jadi mangsa.
Saiful hanya bekerja dengan Anwar selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Baru kerja tak sampai empat bulan dah jadi mangsa. Tak kanlah dalam tempoh empat tahun sebelum itu tiada mangsa lain?
Di minta pada mereka yang tulis skrip cerita ini untuk mengkaji semula cerita ini….jangan biar sampai anda dikantoikan oleh rakyat!
Gambar-gambar bawah nie…apa cerita
Gambar -gambar disekitar Ceramah Umum DSAI
Gambar- gambar adalah ehsan dari Minaq Jinggo. Fotopages - TQVM Jinggo!!!
Gambar-gambar di sekitar Ceramah Umum DSAI.
Venue : Stadium Melawati Shah Alam
Masa : 9.00 pm
Tarikh : 2 Jul 2008
Tuesday, July 1, 2008
Percaya atauTidak?
Kes liwat DSAI heboh diperkatakan sejak Hari Sabtu Malam Ahad lagi sehinggalah sekarang. Benar kata-kata Tok Guru Nik Aziz '"Hanya Anwar Ibrahim, Saiful dan Allah swt sahaja yg mengetahui perhal sebenar"
Disini saya rakamkan email yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk tatapan pembaca sekalian. Semoga tazkirah ini dapat mengingatkan kepada yang alpa, lupa atau tak tahu:
"Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain."
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
Ertinya : "Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332) Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam"
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt dalam Surah An-Nur Ayat 4:-
Ertinya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)"
" Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh isterinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus. Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi). "
RINGKASAN SYARAT-SYARAT Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
a.. Beraqal
b.. Sudah baligh2
) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
a.. Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)3)
Syarat orang yang dituduh
a.. Beraqal
b.. Baligh
c.. Islam
d.. Merdeka diri
e.. BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak.
Imam Malik berkata "Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)"
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian. Sekian