My Journal: Rakyat Miskin Dapat Bantaun Beras
Showing posts with label Rakyat Miskin Dapat Bantaun Beras. Show all posts
Showing posts with label Rakyat Miskin Dapat Bantaun Beras. Show all posts

Thursday, June 19, 2008

Rakyat Miskin Dapat Bantuan Beras, Gula dan Susu

SHAH ALAM, 18 Jun – Bantuan beras, gula pasir dan susu akan diagihkan kepada keluarga miskin bermula Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dibekalkan dengan hampir 800 kampit beras, gula pasir dan susu di pejabat masing-masing.

Menurut beliau, keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan layak mendapatkan bantuan itu.“Pemberian bantuan bermula Jumaat ini juga adalah bersempena dengan 100 hari kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco petang tadi.

Beliau berkata setiap keluarga berkenaan akan dibekalkan sebanyak lima kilogram beras, sekilogram gula pasir dan satu tin susu. More...