My Journal: Kes Liwat Anwar Adalah Kecuaian Terbesar PAKATAN!

Friday, July 4, 2008

Kes Liwat Anwar Adalah Kecuaian Terbesar PAKATAN!

Berikutan kes Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat seorang bekas pemimpin MPP Uniten yang PRO-Aspirasi, pemimpin PAKATAN RAKYAT dinasihatkan untuk lebih berhati-hati, khususnya dalam memilih pembantu atau kakitangan.

Kes ini bukan sekadar satu tuduhan serius terhadap Anwar, tetapi ianya turut melibatkan soal imej parti. Walaupun ianya nampak seperti suatu rekaan tetapi kesannya agak besar. Tuduhan liwat ini adalah kecil jika dilihat dari sudut PAKATAN yang seharusnya memandang serius soal kerahsiaan.


Anwar merupakan orang penting dalam PAKATAN dan pastilah agen Umno ini telah membocorkan banyak rahsia semasa beliau mendekati Anwar.

Keadaan ini sebenarnya turut berlaku kalangan ramai wakil rakyat yang baru serta barisan kepimpinan PAKATAN. Ramai yang mengambil kakitangan dan pembantu tanpa merujuk kepada parti atau menyiasatnya terlebih dahulu.


Di Lembah Klang sendiri, ada beberapa wakil rakyat yang mengajikan pekerja yang tidak diketahui asal usul. Asal sahaja mereka kata mereka itu sokong PAKATAN dan tunjukkan kesungguhan mereka terus di ambil berkerja. Akibatnya, ada kalangan wakil rakyat ini yang ditipu, malah ada yang mengambil kesempatan menyalahgunakan kedudukan wakil rakyat berkenaan untuk kepentingan tertentu.

Justeru itu, satu perincian dan proses tapisan perlulah diadakan sebelum mengambil mana-mana kakitangan. Keutamaan perlulah diberikan kepada ahli parti yang telah lama terlibat dan juga memahami budaya kerja serta pandai menjaga rahsia parti.

Kalau hari ini Anwar di tuduh meliwat, esok siapa pula pimpinan PAKATAN yang kena?

No comments: