My Journal: Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan

Friday, July 4, 2008

Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan

Sumber Dari Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.

"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini,"

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia. Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat jam 6.25 petang tadi.
.
Ayah Allahyarhamah Aina, Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu. Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya. Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.
Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ. Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.
Moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengurniakan kesabaran kepada keluarganya dan menimpakan azab balasan yang setimpal kepada mereka yang melakukan kezaliman. .. read more

No comments: