My Journal: Something goes Wrong Somewhere

Monday, July 21, 2008

Something goes Wrong Somewhere

Semenjak PRU ke-12 tempoh hari, semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Setiap tingkah laku, idea dan kata-kata yang keluar dari mulut beliau mesti direkodkan oleh wartawan dalam dan luar negera. Sampaikan pak menteri, ahli parlimen dan pak polis cemburu lantas membuat satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Hairankan. Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan 4 tahun lalu dan sebelum Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU ke-12, tiada wartawan Utusan dan Berita Harian nak cover citer pasal Anwar Ibrahim. Pada PRU yang lalu, Anwar pernah berkata biarkan BN bergolok bergadai nak menang besar di Terengganu dan Kelantan, sedangkan Pulau Pinang dan Selangor nak 'tumbang'; tidak ada seorang pun ahli BN yang dengar kata2 Anwar Ibrahim pada masa itu.

Sekarang nie, apabila 5 buah negeri diperintah oleh BA dan seterusnya menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, tiba-tiba semua mata tertumpu kepada beliau. Ini termasuklah Saiful Bukhari yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Si Saiful nie bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU ke-12 yang lalu. Selepas 4 bulan bekerja dengan Anwar, tiba-tiba dia buat police report mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sejarah 10 tahun yang lepas berulang kembali dengan jalan cerita yang sama, pelakon yang hampir sama walaupun ada beberapa muka pelakon baru. Semua camera man dan reporter seluruh dunia berlumba-lumba nak cari cover story pasal Anwar Ibrahim.

Seperti yang dijangkakan, bila isu Anwar Ibrahim menjadi "terhangat dipasaran", semua reporter, camera man, pak polis, pak menteri, ahli parlimen, pak hakim dan pak peguam berpusu-pusu membuat andaian, telahan dan fitnah-memfitnah. Mulalah pak polis sekelian membuat sekatan jalan raya terutama di Lembah Klang, dengan alasan untuk menjaga ketenteraman awam, sebab takut berlakunya demonstrasi jalanan.

Kenapa Pak Menteri Dalam Negeri dan Pak Polis sibuk dengan kes Anwar Ibrahim? Mana perginya Polis yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam? Semalam Malaysia digemparkan dengan
kejadian tembak menembak yang berlaku di Taman Leh Sen Cheras, dimana, pengurup wang dikenali sebagai Rajan, 45, cedera parah di kepala dan perut selepas terkena tembakan.Mangsa ‘diserang hendap’ oleh beberapa orang dalam dua kereta yang melepaskan sekurang-kurangnya 30 das tembakan secara melulu.


Hari ini pulak,
Seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan tergamam apabila melihat sekujur tubuh wanita terbaring dan berbogel dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, awal pagi semalam. Mayat tukang urut berkenaan yang berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di kedua-dua pergelangan tangannya.

Itu belum lagi kes pembunuhan kejam Allahyarham Adik Nurin Jazlin, kehilangan adik Sharlini, adik Asmawi, kes Altantuya dan banyak lagi KES JENAYAH yang sepatutnya disiasat oleh pihak polis.

Tetapi terbalikkan, kenapa Pak Musa Hasssan beriya-iya nak tangkap Anwar Ibrahim... Ini mesti "Something goes wrong somewhere" ... iskh macam dialog Mak Angkat Zoela pulak dalam citer Sinderalela...

1 comment:

Anonymous said...

haah kan...semuanya lurus bendul...kalau betul la si saiful tu kena liwat takkan la dia tak boleh melawankan...ko dah besor bukan budak kecik umor bwh 15 tahun...apa la...entah gay mana tah si saiful ni...