Seperti yang dijangkakan. Sejarah 10 tahun yang lalu berulang lagi. DSAI ditahan oleh pihak polis dihadapan rumahnya. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. Cuma kali ini difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.Lagi...
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Drama Ulangan ni....
Mungkin ada tangan-tangan ghaib di sebalik penangkapan ini. Ini berdasarkan kenyataan Pak Lah seolah-olah yang beliau langsung tidak menyedari 'kerja gila' polis ini. Atas arah siapa? Mungkin Najib? Mungkin Musa Hassan? Mungkin Ghani Patail? Mungkin Rosmah? Atau mungkin KJ?
Post a Comment