Al-hamdulillah, tahun nie kami sekeluarga beraya sakan. Pada hari raya pertama, pagi-pagi lagi saya dah bangunkan anak-anak dan suami. Terpancar wajah kegembiraan di mata anak-anak. Mana taknya, mereka tak sabar-sabar nak pakai baju kurung baru. Lepas pulang dari masjid, destinasi pertama kami ialah dirumah Nyah. Menjadi kelaziman, adik beradik belah husband akan berkumpul dirumah Nyah. Selain untuk bersalaman dan menjamu juadah raya, saat yang paling ditunggu-tunggu ialah sesi bergambar... Setiap keluarga dengan tema hari raya-nya. Kali ini tema raya kami ialah warna biru Turquois.
Kemudian, destinasi kami ialah di rumah ibu dan abah, di kampung kerinchi... Bayangkan 5 buah kereta menyerbu rumah kecil tue. Walaupun penat melayan tetamu, tetapi terpancar kegembiraan di wajah ibu dan abah kerana ramai anak menantu datang menziarahinya..
Petang raya pertama, kami balik ke kampung abah di Batu Laut, Banting. Sampai kampung dah lewat petang. Kami bermalam di hotel Impian, Morib. Cantik dan sungguh selesa hotel tue. Pemandangan pun cantik.. cuma pantai Morib taklah secantik pantai di Port Dickson.
Kami beraya sampai pukul 10.00 mlm. hehehe memang raya sakan tahun nie.. Kak Yong merengek sebab tak dapat pergi swimming... Heheh Ummi, ayah, atuk dan wan nya sibuk nak beraya, sampai tak der masa nak bawak dua beradik nie mandi manda....
Pagi raya ke-2, selepas breakfast, kami teruskan perjalan ke Linggi.. ikut jalan kampung- Sepang ke Port Dickson. sampai Linggi dalam pukul 11.30 pagi. Linggi adalah kampung arwah atuk. Abah di lahirkan disana. Rumah kat Linggi tue sekarang nie di diami oleh mak sedara abah, yang kami panggil Wan Uda.
Lepas solat zohor, kami teruskan perjalanan ke Alor Gajah Melaka.. menziarahi sedara belah ibu pula. Selain pulang beraya di kampung ibu, hajat utama ialah untuk menziarahi kubur arwah Atuk Buntal dan Incik. (p/s: Incik adalah gelaran untuk Wan/ nenek sebelah melaka).
Kami berangkat pulang ke KL dalam pukul 6.30 petang. Masya-Allah, ingatkan jalan balik ke KL tak jam, rupanya penuh sesak dengan kenderaan daripada Toll Alor Gajah sampailah di Nilai. Lepas Nilai barulah jalan raya lengang. ;D