My Journal: Menyambut I'dil fitri Mengikut Sunnah

Friday, September 18, 2009

Menyambut I'dil fitri Mengikut Sunnah


Di ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan Rahmat ……

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan dan keriangan …….


Kupasan daripada Majlis Ilmu Ustaz Muin:
Al-Hamdullilah, umat islam akan menyambut Aidil Fitri dalam 2 hari lagi. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan bersama-sama amalan menyambut Aidil Fitri mengikut sunnah Rasulullah saw. Semoga pahala puasa sebulan kita tidak terhapus dek kerana amalan beraya yang tidak menepati sunnah nabi saw.

Amalan-amalan sunat pada hari raya (Aidil hadha & Idulfitri):
  • Bertakbir : Bermula dari waktu tenggelam matahari hari terakhir ramadhan sehingga khatib mula berkhutbah
  • Makan 3 biji kurma atau angka yang ganjil 5 atau 7 biji sebelum pergi solat hari raya. Dari Anas -radiyallahu anhu - "Adalah Rasulullah saw tidak akan pergi pada hari raya al-fitri sehingga baginda makan beberapa biji kurma" (HR Al-Bukhri)
  • Sunat dan amat digalakkan semua keluar pada hari raya samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang disampaikan. Dari Ummu A'tiyyah-radiyallahu anha- telah berkata : "Kami telah diperintahkan (oleh Rasulullah saw) agar mengeluarkan semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat dan nasihat-nasihat umat islam (muttafaqun alay)
  • Disunatkan solat dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai. Nabi saw dan khulafa Al-Rasyidin sentiasa solat hari raya di padang.
  • Disunatkan bagi mukmum pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar orang islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan.
  • Disunatkan pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang berbeza. Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya lebih banyak dan berada di tempat yang berbeza
Amalan sehari di hari raya yang boleh menghapuskan pahala puasa sebulan:
  • Lewat solat subuh di pagi raya
  • Mamakai pakaian yang cantik dan baru kerana riya'
  • Mendedahkan aurat bagi wanita
  • Bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhram
  • Bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhram seperti antara sepupu, kakak ipar dan adik ipar dan sebagainya
  • Melewatkan solat lima waktu atas alasan menziarahi sanak saudara atau keletihan dan kekenyangan.