My Journal: Ramadhan Bulan Ibadah, Bulan Mujahadah, Bulan Rahmat, Bulan Al-Quran, Bulan Lailatul Qadar

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan Bulan Ibadah, Bulan Mujahadah, Bulan Rahmat, Bulan Al-Quran, Bulan Lailatul Qadar


Hari ini adalah hari ke-14 Umat Islam berpuasa. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan rahmat yang kedatangannya di nantikan dan pemergiannya di tangisi. Tetapi, aku tertanya-tanya apakah aku mampu melakukan perubahan pada bulan ramadhan pada kali ini. Atau, ramadhan kali ini adalah sama seperti ramadhan pada tahun- tahun lepas?

Semalam aku hadiri kelas tafsir Quran Ust. Muin. Mmmm... ust suruh kami membetulkan tanggapan dan berniat sepenuh hati supaya menghidupkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti tadarus Al-Quran, khatam Quran dalam bulan Ramadhan, perbanyakkan solat malam, berzikir dan bertasbih memuji kebesaran Allah swt. Kata Ust. lagi amal ibadah di bulan ramadhan ini Allah gandakan pahalanya... rebutlah ganjaran Ramadhan kerana belum tentu amal ibadah yang kita kerjakan di bulan-bulan lain mampu untuk membersihkan segala dosa yang telah kita lakukan. Sebelum ajal memanggil kita, maka rebutlah setiap detik dan saat yang ada di bulan ramadhan ini kerna mana tahu umur kita singkat dan tidak dapat menjalani ibadah puasa sehingga habis ramadhan.

Antara perancangan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kelebihan ramadhan dan memburu malam Lailatul-Qadr ada seperti berikut:
  • Bertaubat nasuha dari segala dosa. Dosa adalah penghalang besar kepada rahmat Allah dan menyebabkan manusia lalai beribadah.

  • Lupakan dunia seketika. Jangan menonton televisyen sepanjang bulan ramadhan kerana rahmat bulan ramadhan adalah lebih baik dari1000 bulan.

  • Kurangkan aktiviti membeli-belah terutamanya di bazaar ramadhan. Ia banyak membuang masa dan tenaga serta menambahkan dosa mata.

  • Makan dan minum seperti biasa di bulan lain. Jangan ikutkan nafsu makan dan jangan menjadi hamba ramadhan.

  • Banyakkan masa di masjid dan rumah ibadah.

  • Ambil cuti sepanjang 10 hari terakhir ramadhan dan qiamullilah di masjid dengan membawa anak serta isteri. Sesungguhnya kebanyakan orang yang mendapat malam Lailatul Qadar adalah ketika mereka beriktikaf / berqiamullai di masjid.

  • Pastikan dapat membaca Al-Quran sekurangnya 2 juzuk atau 1 juzuk setiap hari untuk khatam 2 kali atau sekali dalam bulan ramadhan.

Inilah serba sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan bersama. Semoga kita dapat mempertingkatkan ibadah dibulan ramadhan serta dapat bertemu dengan malam lailatul Qadar.