Al-hamdullilah syukur ke hadrat Allah swt yang masih mengkurniakan rahmat dan hidayah Nya buat saya dalam menjalani hidup yang semakin mencabar ini. Telah lama saya tinggalkan ruang nie kerana sibuk dengan urusan kerja, pelajaran dan keluarga.
Di dalam ruang waktu yang terhad ini, saya ingin berkongsi dgn pembaca mengenai pengalaman saya menghadiri ESQ Training. Secara jujurnya, pada mula2 diperkenalkan dengan ESQ saya menganggap ianya merupakan kuliah agama biasa yang boleh kita perolehi di masjid dan surau secara percuma. Tetapi untuk menghadiri ESQ training ini, saya perlu membayar sebanyak RM1300. Ini membuatkan jiwa saya memberontak! Mengapa begitu mahal bayarannya untuk saya belajar mengenal tuhan? Dan saya juga tertanya2 apa istimewanya ajaran ini dibandingkan dengan apa yang diajarkan oleh ustaz di masjid atau surau, mengapa terlalu taksub? Bukankah matlamatnya sama iaitu menyampaikan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Tetapi, Al-hamdullilah, dengan izin Allah, Dia telah membuka pintu hati saya untuk melihat dan merasai sendiri pengendalian ESQ. Semuanya bermula selepas suami membawa saya menonton teater Sirah Junjungan. Teater ini di arahkan oleh Erma Fatimah. Beliau telah mengolah apa yang dipelajari ketika menjalani latihan ESQ dan menterjemahkan apa yg difahaminya tentang perjalanan hidup Rasullah saw dalam bentuk teater. Saya begitu terkejut dgn cara arahan beliau seperti pelakon perempuan semuanya perlu bertudung, tiada persentuhan antara pelakon lelaki dan perempuan, watak Nabi cuma diperdengarkan dengan suara, manakala watak-watak sahabat nabi dan Siti Khadijah di layarkan di sebalik tabir putih dan cuma kedengaran suara sahaja. Disamping itu watak2 yg memerlukan adegan penyembahan berhala dilakonkan oleh orang bukan islam. Wah!!!! sampai begitu sekali penghayatan Erma Fatimah! Saya tertanya2 apa yg membuatkan erma berubah??? Magik atau ilmu sihir apa yang ESQ gunakan untuk mengubah suara hati manusia utk menjadi lebih baik?
Tarikh 3 Apr 2009, telah berjaya mengubah persepsi saya berhubung dengan kaedah mentarbiahkan manusia. Dengan izin Allah swt, barulah terbuka dihati ini, dimana di abad ke-21, umat islam perlu lebih kreatif didalam menyampaikan dakwah. Jika kita masih menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh umat islam di abad ke-18, Islam tidak akan menjadi kuat walaupun penganutnya ada setiap pelusok dunia.