My Journal: September 2009

Friday, September 18, 2009

Menyambut I'dil fitri Mengikut Sunnah


Di ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan Rahmat ……

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan dan keriangan …….


Kupasan daripada Majlis Ilmu Ustaz Muin:
Al-Hamdullilah, umat islam akan menyambut Aidil Fitri dalam 2 hari lagi. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan bersama-sama amalan menyambut Aidil Fitri mengikut sunnah Rasulullah saw. Semoga pahala puasa sebulan kita tidak terhapus dek kerana amalan beraya yang tidak menepati sunnah nabi saw.

Amalan-amalan sunat pada hari raya (Aidil hadha & Idulfitri):
  • Bertakbir : Bermula dari waktu tenggelam matahari hari terakhir ramadhan sehingga khatib mula berkhutbah
  • Makan 3 biji kurma atau angka yang ganjil 5 atau 7 biji sebelum pergi solat hari raya. Dari Anas -radiyallahu anhu - "Adalah Rasulullah saw tidak akan pergi pada hari raya al-fitri sehingga baginda makan beberapa biji kurma" (HR Al-Bukhri)
  • Sunat dan amat digalakkan semua keluar pada hari raya samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang disampaikan. Dari Ummu A'tiyyah-radiyallahu anha- telah berkata : "Kami telah diperintahkan (oleh Rasulullah saw) agar mengeluarkan semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat dan nasihat-nasihat umat islam (muttafaqun alay)
  • Disunatkan solat dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai. Nabi saw dan khulafa Al-Rasyidin sentiasa solat hari raya di padang.
  • Disunatkan bagi mukmum pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar orang islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan.
  • Disunatkan pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang berbeza. Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya lebih banyak dan berada di tempat yang berbeza
Amalan sehari di hari raya yang boleh menghapuskan pahala puasa sebulan:
  • Lewat solat subuh di pagi raya
  • Mamakai pakaian yang cantik dan baru kerana riya'
  • Mendedahkan aurat bagi wanita
  • Bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhram
  • Bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhram seperti antara sepupu, kakak ipar dan adik ipar dan sebagainya
  • Melewatkan solat lima waktu atas alasan menziarahi sanak saudara atau keletihan dan kekenyangan.

Thursday, September 17, 2009

Cerita ikan dari masjid wilayah

Cerita menarik untuk dikongsi bersama... diambil dari blog Herman Samsudin..
Tazkirah Ust. Yusri, Pensyarah Darul Quran

Seekor ikan paus di sebuah lautan sering menjadi rujukkan ikan-ikan lain selepas sahaja beliau kembali dari mengembara. Ikan paus yang besar ini dikatakan rajin mengembara ke serata dunia dan pelbagai pengalaman dilaluinya yang kemudiannya dikongsi bersama ikan-ikan lain.

Suatu hari ikan paus ini bercerita dengan pengalaman bertemu dengan ikan kecil yang tersangkut dibesi bengkok semasa pengembaraannya.

“Wahai kawan-kawan, janganlah kamu memakan ikan-ikan kecil yang tersangkut pada besi bengkok jika kamu mahu meneruskan hidup di alam laut ini”

“Kenapa tidak boleh?” tanya seekor ikan lain

“aku telah melihat ikan-ikan besar seperti kamu yang memakannya telah hilang dari lautan yang luas ini setelah memakannya” katanya lagi.

“Ke mana mereka pergi?” tanya mereka lagi.

“Menurut kawanku yang pernah tinggal dalam akuarium sebelum dibuang tuannya ke lautan ini, beliau pernah menyaksikan tuannya membawa ikan lain dari lautan ini yang kemudiannya dibakar dan dimakan beramai-ramai oleh keluarganya” jawap ikan paus itu.

Disuatu hari yang lain, seekor ikan yang pernah mendengar cerita Ikan Paus itu menemui besi bengkok yang pernah didengarnya. Seekor ikan kecil kelihatan tersangkut dibesi itu dan meronta-ronta untuk dilepaskan.

kawan ikan paus itu kemudian mengimbas kembali peringatan Ikan Paus. tetapi dalam hatinya terfikir;

“Ah! mungkin ikan paus itu berbohong, sebab kalau aku tak makan hari ini besok dia pula yang datang dan memakannya”

Maka tanpa berlengah lagi dia pun memakan ikan kecil itu. Sebaik sahaja ia memakan dan menelannya terasa ada sesuatu seperti duri yang tersangkut diperutnya.

Sebelum sempat diluahkan, tiba-tiba sahaja dia direntap keluar dari air. Ikan itu terkejut kerana dunia diluar air itu berbeza dari apa yang selalui dilihatnya. Ada perahu, pokok yang hijau, dan langit yang biru.

Duri yang tersangkut diperutnya ditarik keluar dengan kasar. Kemudian dia dicampak dalam bakul dalam keadaan berdarah-darah. Dari bakul itu dia dibawa pulang oleh nelayan yang berjaya menangkapnya ke rumah dan disimpan diatas singki.

Kemudian datang isteri nelayan itu membungkusnya dengan plastik sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Keesokkan harinya dia dikeluarkan dari peti sejuk yang beku itu dan diletakkan dalam air sebelum disiang sisik serta dibuang segala isi perut.

Selepas itu diletakkan garam dan asam diatas badannya dan kemudiannya digoreng sebelum disantap seisi keluarga nelayan yang berjaya menangkapnya.

Begitulah peritnya kisah hidup seekor ikan yang degil.

Pengajarannya

Ikan paus itu adalah pentazkirah yang sering menceritakan pengalaman dan ilmunya pada orang-orang seperti kita. Sahabatnya yang mendengar itu adalah kita semua dan ikan kecil yang tersangkut dibesi bengkok itu sebenarnya perangkap dunia yang penuh tipu daya.

Dan kehidupan diluar lautan itu adalah kehidupan selepas kita mati dan diakhirat nanti.

Maka fahamilah dan ikutilah nasihat-nasihat yang kita dapat dari tazkirah. Hidup didunia ini penuh dugaan, dan kita harus bijak memilih jalan hidup di dunia ini.

Jika kita degil, tersilap, fasiq dan alpa maka kita akan terperangkap dengan keseronakkan kecil dunia. Akhirnya kita diazab dalam kubur, dan disiksa diakhirat.

Kalau ikan, memang takdirnya begitu. Dimakan orang maka ia dapat pahala. Tapi kita bukan ikan, jadi jangan hidup macam ikan. Kelak yang rugi diri sendiri. Tiada siapa nak peduli.



Sampul duit TM Rewards untuk Hari Raya

Raya tahun nie TM edarkan sampul duit raya buat staff-2nya...
Ianya bukan sekadar sampul duit, tetapi ganjaran extra berupa baucer ekslusif KFC.

So, kalu dapat sampul raya TM tue, jangan dibuang tau!!!!! Potong baucar tersebut untuk menebusnya di mana-2 cawangan KFC seluruh negara.. Tapi... biasalahkan, tertakhluk kepada terma dan syarat...

Tetapi, disebalik kegembiraan menyambut syahwal yang bakal menjelang, terasa begitu sedih sekali untuk berpisah dengan Ramadhan... Aku terasa benar akan kerahmatan bulan ramadhan kali ini... Ketenangan, kerahmatan benar-benar menyentuh jiwa...



Thursday, September 3, 2009

DOA AGUNG PENAWAR SEGALA MASALAH


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku ini adalah hambaMu, anak dari hambaMu (laki-laki), anak dari hambaMu (perempuan). Ubun-ubunku berada di tanganMu, mengikut keputusan hukumMu, berjalan sesuai dengan ketetapanMu. Aku memohon kepada Mu dengan setiap nama yang menjadi milik Mu, nama yang Engkau namakan sendiri untuk diri Mu atau yang Engkau sebut dalam kitab Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang hamba Mu (Nabi), atau yang Engkau sembunyikan di alam ghaib di sisi Engkau; hendaklah Engkau menjadikan Al-Quran yang agung ini sebagai penyejuk hatiku, cahaya dalam dadaku, penawar dukaku dan penghilang kegelisahanku.
---Amin---

Ramadhan Bulan Ibadah, Bulan Mujahadah, Bulan Rahmat, Bulan Al-Quran, Bulan Lailatul Qadar


Hari ini adalah hari ke-14 Umat Islam berpuasa. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan rahmat yang kedatangannya di nantikan dan pemergiannya di tangisi. Tetapi, aku tertanya-tanya apakah aku mampu melakukan perubahan pada bulan ramadhan pada kali ini. Atau, ramadhan kali ini adalah sama seperti ramadhan pada tahun- tahun lepas?

Semalam aku hadiri kelas tafsir Quran Ust. Muin. Mmmm... ust suruh kami membetulkan tanggapan dan berniat sepenuh hati supaya menghidupkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti tadarus Al-Quran, khatam Quran dalam bulan Ramadhan, perbanyakkan solat malam, berzikir dan bertasbih memuji kebesaran Allah swt. Kata Ust. lagi amal ibadah di bulan ramadhan ini Allah gandakan pahalanya... rebutlah ganjaran Ramadhan kerana belum tentu amal ibadah yang kita kerjakan di bulan-bulan lain mampu untuk membersihkan segala dosa yang telah kita lakukan. Sebelum ajal memanggil kita, maka rebutlah setiap detik dan saat yang ada di bulan ramadhan ini kerna mana tahu umur kita singkat dan tidak dapat menjalani ibadah puasa sehingga habis ramadhan.

Antara perancangan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kelebihan ramadhan dan memburu malam Lailatul-Qadr ada seperti berikut:
  • Bertaubat nasuha dari segala dosa. Dosa adalah penghalang besar kepada rahmat Allah dan menyebabkan manusia lalai beribadah.

  • Lupakan dunia seketika. Jangan menonton televisyen sepanjang bulan ramadhan kerana rahmat bulan ramadhan adalah lebih baik dari1000 bulan.

  • Kurangkan aktiviti membeli-belah terutamanya di bazaar ramadhan. Ia banyak membuang masa dan tenaga serta menambahkan dosa mata.

  • Makan dan minum seperti biasa di bulan lain. Jangan ikutkan nafsu makan dan jangan menjadi hamba ramadhan.

  • Banyakkan masa di masjid dan rumah ibadah.

  • Ambil cuti sepanjang 10 hari terakhir ramadhan dan qiamullilah di masjid dengan membawa anak serta isteri. Sesungguhnya kebanyakan orang yang mendapat malam Lailatul Qadar adalah ketika mereka beriktikaf / berqiamullai di masjid.

  • Pastikan dapat membaca Al-Quran sekurangnya 2 juzuk atau 1 juzuk setiap hari untuk khatam 2 kali atau sekali dalam bulan ramadhan.

Inilah serba sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan bersama. Semoga kita dapat mempertingkatkan ibadah dibulan ramadhan serta dapat bertemu dengan malam lailatul Qadar.