Sukan Sekolah PASTI Cawangan Wilayah Persekutuan @ 15 JUNE 2008
Wednesday, June 25, 2008
Thursday, June 19, 2008
Rakyat Miskin Dapat Bantuan Beras, Gula dan Susu
SHAH ALAM, 18 Jun – Bantuan beras, gula pasir dan susu akan diagihkan kepada keluarga miskin bermula Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dibekalkan dengan hampir 800 kampit beras, gula pasir dan susu di pejabat masing-masing.
Menurut beliau, keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan layak mendapatkan bantuan itu.“Pemberian bantuan bermula Jumaat ini juga adalah bersempena dengan 100 hari kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco petang tadi.
Beliau berkata setiap keluarga berkenaan akan dibekalkan sebanyak lima kilogram beras, sekilogram gula pasir dan satu tin susu. More...
Friday, June 13, 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA
Thursday, June 12, 2008
Friday, June 6, 2008
Hadiah dari Parti Barang Naik
Isu kenaikan harga minyak sangat rancak di perdebatkan baik di rumah, sekolah, pejabat, surau dan masjid, perhentian bas, lrt & komuter bahkan di dalam train. Tindakan kerajaan Malaysia menaikkan harga petrol sehingga RM2.70 seliter benar2 merentap kalbu setiap rakyat malaysia.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990) -sumber dari Harakahdaily dated 6/5/08
1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar (perbandingan dalam RM):-
UAE� RM1.19/liter
Wednesday, June 4, 2008
Kerajaan umum harga petrol naik 78 sen, diesel - RM1
Kerajaan Malaysia dah umumkan kenaikan harga minyak petrol & diesal berkuat Kuasa esok!!!!!!!!!!!
1. Petrol dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70 (kenaikan sebanyak 78 sen)
2. Diesel dari RM1.92 sekarang kepada RM2.50 (kenaikan sebanyaj 92 sen)
Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, aku betul2 tak faham bagaimana kerajaan Malaysia yang kaya dengan hasil minyak petroleum boleh merasai bahang kenaikan harga minyak dunia.
Sepatutnya, Petronas lah yang untung kalu harga minyak dunia naik. Tapi kenapa kerajaan BN (Barang Naik) naikkan harga minyak domestik?? Kemana hilangnya keuntugan Petronas yang benilai berjuta-juta billion?????
Rasanya semua orang tahu dan sedia maklum akan kesan kenaikan bahan api. Esok sudah pasti semua harga barang akan melambung naik. Kenaikan harga minyak berkuat kuasa esok tentunya akan membebankan lagi rakyat jelata. Mula-mula sekali, kos pengangkutan akan naik. Lepas itu harga barang-barang pengguna akan naik. Bersama-sama dengan itu, naik jugalah kadar inflasi.
Apa yang sangat-sangat dikhuatiri adalah inflasi yang semakin meruncing sekarang akan bertukar menjadi stagflasi di mana harga pengguna melambung sedangkan pertumbuhan ekonomi menjadi semakin lembap!!!!!
ASAM PEDAS DAGING
Bahan-bahan
1) Daging – 1 kilo (dipotong bulat / square) – rebus dengan sedikit garam & ambil air
2) Bawang merah – 5 ulas (dimayam)
3) Halba – 1 sudu teh
Bahan A untuk diblend
4) Bawang putih – 3 ulas
5) Halia - ½ inci
6) Lengkuas - ½ inci
7) Kunyit – ½ inci
8) Serai – 1 batang
9) Bawang besar – 1 labu
Bahan B - Blend asing
10) Cili kering – 15 – 20 biji
Bahan C
11) Asam jawa – 1 sudu besar – campur air dan dapatkan pati asam jawa
12) Limau nipis – 2 biji besar – perah dan dapatkan jus limau
13) Daun limau purut – hiris sederhana
Cara
1) Tumis bawang merah hingga garing, masukkan halba, digoreng sekejap
2) Campurkan bahan A dan tumis sekali, sudah garing, masukkan bahan B dan tumis sehingga masak / garing
3) Campurkan Bahan C, masak sekejap dan campurkan daging dan air rebusan, tambahkan garam mengikut citarasa
4) Biarkan mereneh sehingga semua sebati, campurkan daun limau purut, masak sebentar lagi dan InsyaAllah siap untuk dimakan bersama nasi panas.