My Journal: Hadiah dari Parti Barang Naik

Friday, June 6, 2008

Hadiah dari Parti Barang Naik

Isu kenaikan harga minyak sangat rancak di perdebatkan baik di rumah, sekolah, pejabat, surau dan masjid, perhentian bas, lrt & komuter bahkan di dalam train. Tindakan kerajaan Malaysia menaikkan harga petrol sehingga RM2.70 seliter benar2 merentap kalbu setiap rakyat malaysia.

Cuba lihat potret di atas dan cuba renung kedalam mata perempuan tua tersebut. Dari sinar matanya dapat kita lihat akan kehidupan sebenar yang dilaluinya dipenuhi dengan keperitan, ketakutan dan ketidakpastian akan hari esok. Inilah wajah sebenar yang di pancarkan oleh rakyat Malaysia khususnya yang berpendapatan rendah. Rasanya akan banyaklah lagi kisah kesenggaraan hidup masyarakat akan dipaparkan dalam program Bersama Mu TV3 kelak!!


Hari pertama harga baru petrol berkuat kuasa, aku telah mengisi minyak kereta dalam 36litre (itu pun belum full tank) dan terpaksa membayar RM100. Entahlah tak tahu berapa lama minyak dalam tangki kereta nie boleh bertahan. Itu belum lagi dikira akan kenaikan kadar elektrik yang telah diumumkan oleh kerajaan pada hari Rabu lepas yang akan berkuatkusa pada 1 Jul 2008. Apa yang menakutkan ialah kesan kenaikan petrol dan elektrik ke atas barangan pengguna, pengangkutan awam dan bagaimana pula dengan kehidupan sosial???? Kadar jenayah????? Demonstrasi jalanan yang cuba menegakkan kebenaran tetapi tidak diendahkan oleh Kerajaan???? Bagaimana pula dengan anak -anak sekolah???? Mampukah ibu bapa mereka menanggung kos bas sekolah yang pastinya akan meningkat ??????? Bagaimana dengan kos-kos sara hidup lain yang pastinya akan meningkat??????


Benarkah tidak ada lagi kenaikan harga beras di pasaran kelak? Sebagai contoh, harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50, berbanding sebelum ini RM8 manakala beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini. Bagi beras Jati pula, paket lima kilogram dijual dengan harga RM11.50 berbanding RM10.60 sebelum ini, manakala beras Jati seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM21.50 berbanding RM19.50 sebelum ini.

Muak, jelak dan jijik dengan kata2 standard pemimpin kerajaan yang amat memedihkan hati dan perasaan seumpamanya :
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.


Benarkah kesan kenaikan minyak tidak membebankan rakyat?????

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990) -sumber dari Harakahdaily dated 6/5/08

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar (perbandingan dalam RM):-
UAE� RM1.19/liter
Eygpt� RM1.03/liter
Bahrain� RM0.87/liter
Qatar� RM0.68/liter
Kuwait� RM0.67/liter
Saudi Arabia� RM0.38/liter
Iran� RM0.35/liter
Nigeria� RM0.32/liter
Turkmenistan� RM0.25/liter
MALAYSIA� RM2.70/liter
Fikir-fikirkanlah

No comments: