Tuesday, November 3, 2009
LEMAS
Friday, October 2, 2009
Rintihan Hati di pagi Jumaat
Kenapa semakin hari aku merasakan semakin malas pergi bekerja. Rasa malas untuk membuat kerja. Banyak sangat kerja yang tertangguh... tak siap. Mengapa tak siap? sebab tak tahu nak buat. Adakah tindakan aku bertukar ke unit lain salah? Aku tidak berasa happy di unit baru. Sudah 6 bulan berada di unit baru tetapi masih tak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja termasuklah scope kerja. Macam mana nie? Adakah aku patut bertukar ke unit lain lagi atau pulang semula ke unit lama atau terus membatukan diri di unit ini sedangkan jiwa dan perasaan memberontak untuk pergi dari situ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kemeriahan Eidulfitri 1430hijrah
Al-hamdulillah, tahun nie kami sekeluarga beraya sakan. Pada hari raya pertama, pagi-pagi lagi saya dah bangunkan anak-anak dan suami. Terpancar wajah kegembiraan di mata anak-anak. Mana taknya, mereka tak sabar-sabar nak pakai baju kurung baru. Lepas pulang dari masjid, destinasi pertama kami ialah dirumah Nyah. Menjadi kelaziman, adik beradik belah husband akan berkumpul dirumah Nyah. Selain untuk bersalaman dan menjamu juadah raya, saat yang paling ditunggu-tunggu ialah sesi bergambar... Setiap keluarga dengan tema hari raya-nya. Kali ini tema raya kami ialah warna biru Turquois.
Kemudian, destinasi kami ialah di rumah ibu dan abah, di kampung kerinchi... Bayangkan 5 buah kereta menyerbu rumah kecil tue. Walaupun penat melayan tetamu, tetapi terpancar kegembiraan di wajah ibu dan abah kerana ramai anak menantu datang menziarahinya..
Petang raya pertama, kami balik ke kampung abah di Batu Laut, Banting. Sampai kampung dah lewat petang. Kami bermalam di hotel Impian, Morib. Cantik dan sungguh selesa hotel tue. Pemandangan pun cantik.. cuma pantai Morib taklah secantik pantai di Port Dickson.
Kami beraya sampai pukul 10.00 mlm. hehehe memang raya sakan tahun nie.. Kak Yong merengek sebab tak dapat pergi swimming... Heheh Ummi, ayah, atuk dan wan nya sibuk nak beraya, sampai tak der masa nak bawak dua beradik nie mandi manda....
Pagi raya ke-2, selepas breakfast, kami teruskan perjalan ke Linggi.. ikut jalan kampung- Sepang ke Port Dickson. sampai Linggi dalam pukul 11.30 pagi. Linggi adalah kampung arwah atuk. Abah di lahirkan disana. Rumah kat Linggi tue sekarang nie di diami oleh mak sedara abah, yang kami panggil Wan Uda.
Lepas solat zohor, kami teruskan perjalanan ke Alor Gajah Melaka.. menziarahi sedara belah ibu pula. Selain pulang beraya di kampung ibu, hajat utama ialah untuk menziarahi kubur arwah Atuk Buntal dan Incik. (p/s: Incik adalah gelaran untuk Wan/ nenek sebelah melaka).
Kami berangkat pulang ke KL dalam pukul 6.30 petang. Masya-Allah, ingatkan jalan balik ke KL tak jam, rupanya penuh sesak dengan kenderaan daripada Toll Alor Gajah sampailah di Nilai. Lepas Nilai barulah jalan raya lengang. ;D
Friday, September 18, 2009
Menyambut I'dil fitri Mengikut Sunnah
Al-Hamdullilah, umat islam akan menyambut Aidil Fitri dalam 2 hari lagi. Dikesempatan ini ingin saya kongsikan bersama-sama amalan menyambut Aidil Fitri mengikut sunnah Rasulullah saw. Semoga pahala puasa sebulan kita tidak terhapus dek kerana amalan beraya yang tidak menepati sunnah nabi saw.
Amalan-amalan sunat pada hari raya (Aidil hadha & Idulfitri):
- Bertakbir : Bermula dari waktu tenggelam matahari hari terakhir ramadhan sehingga khatib mula berkhutbah
- Makan 3 biji kurma atau angka yang ganjil 5 atau 7 biji sebelum pergi solat hari raya. Dari Anas -radiyallahu anhu - "Adalah Rasulullah saw tidak akan pergi pada hari raya al-fitri sehingga baginda makan beberapa biji kurma" (HR Al-Bukhri)
- Sunat dan amat digalakkan semua keluar pada hari raya samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang disampaikan. Dari Ummu A'tiyyah-radiyallahu anha- telah berkata : "Kami telah diperintahkan (oleh Rasulullah saw) agar mengeluarkan semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat dan nasihat-nasihat umat islam (muttafaqun alay)
- Disunatkan solat dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai. Nabi saw dan khulafa Al-Rasyidin sentiasa solat hari raya di padang.
- Disunatkan bagi mukmum pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar orang islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan.
- Disunatkan pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang berbeza. Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya lebih banyak dan berada di tempat yang berbeza
- Lewat solat subuh di pagi raya
- Mamakai pakaian yang cantik dan baru kerana riya'
- Mendedahkan aurat bagi wanita
- Bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhram
- Bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhram seperti antara sepupu, kakak ipar dan adik ipar dan sebagainya
- Melewatkan solat lima waktu atas alasan menziarahi sanak saudara atau keletihan dan kekenyangan.
Thursday, September 17, 2009
Cerita ikan dari masjid wilayah
Cerita menarik untuk dikongsi bersama... diambil dari blog Herman Samsudin..
Tazkirah Ust. Yusri, Pensyarah Darul Quran
Seekor ikan paus di sebuah lautan sering menjadi rujukkan ikan-ikan lain selepas sahaja beliau kembali dari mengembara. Ikan paus yang besar ini dikatakan rajin mengembara ke serata dunia dan pelbagai pengalaman dilaluinya yang kemudiannya dikongsi bersama ikan-ikan lain.
Suatu hari ikan paus ini bercerita dengan pengalaman bertemu dengan ikan kecil yang tersangkut dibesi bengkok semasa pengembaraannya.
“Wahai kawan-kawan, janganlah kamu memakan ikan-ikan kecil yang tersangkut pada besi bengkok jika kamu mahu meneruskan hidup di alam laut ini”
“Kenapa tidak boleh?” tanya seekor ikan lain
“aku telah melihat ikan-ikan besar seperti kamu yang memakannya telah hilang dari lautan yang luas ini setelah memakannya” katanya lagi.
“Ke mana mereka pergi?” tanya mereka lagi.
“Menurut kawanku yang pernah tinggal dalam akuarium sebelum dibuang tuannya ke lautan ini, beliau pernah menyaksikan tuannya membawa ikan lain dari lautan ini yang kemudiannya dibakar dan dimakan beramai-ramai oleh keluarganya” jawap ikan paus itu.
Disuatu hari yang lain, seekor ikan yang pernah mendengar cerita Ikan Paus itu menemui besi bengkok yang pernah didengarnya. Seekor ikan kecil kelihatan tersangkut dibesi itu dan meronta-ronta untuk dilepaskan.
kawan ikan paus itu kemudian mengimbas kembali peringatan Ikan Paus. tetapi dalam hatinya terfikir;
“Ah! mungkin ikan paus itu berbohong, sebab kalau aku tak makan hari ini besok dia pula yang datang dan memakannya”
Maka tanpa berlengah lagi dia pun memakan ikan kecil itu. Sebaik sahaja ia memakan dan menelannya terasa ada sesuatu seperti duri yang tersangkut diperutnya.
Sebelum sempat diluahkan, tiba-tiba sahaja dia direntap keluar dari air. Ikan itu terkejut kerana dunia diluar air itu berbeza dari apa yang selalui dilihatnya. Ada perahu, pokok yang hijau, dan langit yang biru.
Duri yang tersangkut diperutnya ditarik keluar dengan kasar. Kemudian dia dicampak dalam bakul dalam keadaan berdarah-darah. Dari bakul itu dia dibawa pulang oleh nelayan yang berjaya menangkapnya ke rumah dan disimpan diatas singki.
Kemudian datang isteri nelayan itu membungkusnya dengan plastik sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Keesokkan harinya dia dikeluarkan dari peti sejuk yang beku itu dan diletakkan dalam air sebelum disiang sisik serta dibuang segala isi perut.
Selepas itu diletakkan garam dan asam diatas badannya dan kemudiannya digoreng sebelum disantap seisi keluarga nelayan yang berjaya menangkapnya.
Begitulah peritnya kisah hidup seekor ikan yang degil.
Pengajarannya
Ikan paus itu adalah pentazkirah yang sering menceritakan pengalaman dan ilmunya pada orang-orang seperti kita. Sahabatnya yang mendengar itu adalah kita semua dan ikan kecil yang tersangkut dibesi bengkok itu sebenarnya perangkap dunia yang penuh tipu daya.
Dan kehidupan diluar lautan itu adalah kehidupan selepas kita mati dan diakhirat nanti.
Maka fahamilah dan ikutilah nasihat-nasihat yang kita dapat dari tazkirah. Hidup didunia ini penuh dugaan, dan kita harus bijak memilih jalan hidup di dunia ini.
Jika kita degil, tersilap, fasiq dan alpa maka kita akan terperangkap dengan keseronakkan kecil dunia. Akhirnya kita diazab dalam kubur, dan disiksa diakhirat.
Kalau ikan, memang takdirnya begitu. Dimakan orang maka ia dapat pahala. Tapi kita bukan ikan, jadi jangan hidup macam ikan. Kelak yang rugi diri sendiri. Tiada siapa nak peduli.
Sampul duit TM Rewards untuk Hari Raya
Raya tahun nie TM edarkan sampul duit raya buat staff-2nya...
Ianya bukan sekadar sampul duit, tetapi ganjaran extra berupa baucer ekslusif KFC.
So, kalu dapat sampul raya TM tue, jangan dibuang tau!!!!! Potong baucar tersebut untuk menebusnya di mana-2 cawangan KFC seluruh negara.. Tapi... biasalahkan, tertakhluk kepada terma dan syarat...
Tetapi, disebalik kegembiraan menyambut syahwal yang bakal menjelang, terasa begitu sedih sekali untuk berpisah dengan Ramadhan... Aku terasa benar akan kerahmatan bulan ramadhan kali ini... Ketenangan, kerahmatan benar-benar menyentuh jiwa...
Thursday, September 3, 2009
DOA AGUNG PENAWAR SEGALA MASALAH
Maksudnya: