My Journal: Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin

Monday, September 8, 2008

Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin

Al-hamdullilah...

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kesempatan untuk saya menyiapkan assignment dan kerja-kerja di pejabat. Hari nie barulah terasa lega sedikit.. So, boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja di pejabat di samping satu lagi assignment. Cuma, minggu depan perlu menumpukan perhatian untuk persediaan exam... Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat suami yang sentiasa memahami keadaaan isterinya yang kekadang teramat sibuk dengan urusan kerja disamping pelajaran sehingga kelam-kabut dalam menguruskan hal rumah tangga. Buat anak-anak yang kekadang terasa seperti kurang mendapat perhatian dan belaian dari uminya.. Umi minta maaf banyak-banyak.

Okay.. Mari kita preview semula sepanjang 3 minggu yang lalu, berbagai- bagai peristiwa politik berlaku telah mewarnai Malaysia. Anwar menang besar di permatang pauh dengan majoriti undian sebanyak 15,671 undi. Saya berkata di dalam hati "Ya Allah sesungguhnya memang benar hanya Engkaulah yang mengetahui akan segala sesuatu samada yang telah berlalu atau akan datang."


"Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin-Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana"


Jika di ungkap kembali 10 tahun yang lepas, sewaktu itu saya berada di tahun ke-2 Jurusan Perakaunan, di mana pada tahun itulah berlakunya pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau dipecat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas alasan tidak layak berada dalam kerajaan dan parti disebabkan beberapa isu menyentuh soal peribadi dan jawatan politik. Kemudian Anwar dihadapkan di mahkamah berhubung tuduhan salah guna kuasa dan hubungan seks di luar tabii. Ia sekali gus menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya umum berikut dan larangan lima tahun telah meletakkan beliau di luar aktiviti politik secara aktif.

Siapa sangka kini Anwar kembali semula dipersada politik negara di mana pada tanggal 28 Ogos 2008 lepas, Anwar telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh...

Kesemuanya adalah takdir Allah swt. Jika ada diantara manusia mengatakan bahawa perancangan merekalah yang terhebat, paling bagus dan paling bijaksana... Janganlah takbur kerana manusia cuma boleh merancang tetapi hanya Allah swt yang menentukan.

Ibu selalu mengingatkan saya supaya janganlah kita menyombong diri, bongkak dan angkuh di atas kemewahan, kesenangan dan pengaruh yang dimiliki kerana ianya semua bersifat sementara. Mungkin, hari ini kita senang, berduit ada pangkat dan dihormati, tetapi belum tentu esok kita memilikinya. Mana tahu tetiba esok kita mati atau accident atau ditimpa musibah dan segala yang kita miliki hilang begitu sahaja kerana tidak ada apa yang di kekal muka bumi ini.

Saya juga sangat tertarik dengan kata-kata Tuan Guru Nik Azis, katanya " Allah berikan kita pangkat dan harta di dunia ini bukannya percuma tetapi untuk disoal di akhirat kelak"...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...

Doa Ramadhan:
Hari Kelapan“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”