Hari ini adalah hari ke-25 umat Islam berpuasa. Hari ini juga, adalah hari di mana saya gagal dan tewas lagi menahan nafsu amarah yang sememangnya sudah menyala-nyala semenjak dari semalam.
Memang benar manusia tidak lari dari membuat kesilapan. Tetapi adakah manusia bersedia menerima teguran daripada seorang manusia yang lain apabila telah cuai dalam melaksanakan tugas? Adakah manusia bersedia menerima teguran dengan hati terbuka dan ikhlas memohon kemaafan di atas kekilafan mereka?
Apabila berlaku sesuatu kecuaian berhubung dengan data pekerja lebih -lebih lagi perkara yang melibatkan periuk nasinya dan pekerja tersebut membuat aduan berkenaan dengan ketidakpuasan berhubung jalan penyelesaian yang diberikan oleh pihak pengurus, maka statement pekerja tersebut dianggap sebagai satu cemuhan dimata pengurus terbabit?
Adakah sekiranya pekerja terbabit meminta pandangan daripada rakan sekerja kerana tidak berpuas hati berhubung dengan cara pihak pengurus yang ternyata sekali tidak bijak dalam membuat keputusan dianggap biadap dan memalukan?
Apalah ertinya menjawat jawatan sebagai seorang pengurus tetapi bersikap ke budak-budakan dalam membuat keputusan dan tidak melihat pandangan dan teguran pekerja bawahan dari sudut yang lebih positif, bersikap angkuh dan tidak ikhlas?
Even though I'm still an exec but for me supervisor/ manager should be a person who can motivate people, he/ she is a leader not bosses, learn from previous mistakes and gain respect from a team. A good manager is a person who seeing issues rises by the employees as an opportunity to show how much he/she concerns, rather than take it as another crisis to manage. Further, when things don't turn out the way he/she expected, recognize what could be done in different way and should try to solve problems in a good manner.
In my case, I have yet to see the above criteria’s inside 'that manager'. I'm very upset the way ‘that manager’ treats my issues. I'm also not sure how this issues can be solve within this 2-3 weeks because broad banding exercise will be effective in somewhere on Oct.
what else can I said..... Nasi sudah menjadi Bubur . Mungkin bukan rezeki saya
But, there is something that I would like to share. Al-Hamdullilah, it work on me and hope to those of you as well.
1. Ambil wuduk
2. solat 2 rakaat
3. zikir dan beristigfar banyak2 dan menangislah
4. berdoa dan mengadulah masalah kepada Allah swt.
Muhasabah Diri:
Sabda Nabi SAW " Manusia yang paling Allah SWT benci ialah berkeras kepala dalam perbalahan" (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Firman Allah SWT (maksudnya) "Dan di antara manusia ada mengagumkan engkau tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, dan dia bersaksikan Allah (bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah ), padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu Muhammad)." (Surah al-Baqarah: 204).
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut ciri manusia munafik itu empat, salah satunya: "Apabila dia berbalah, dia jahat". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Wassalam
Thursday, September 25, 2008
Jangan Melampau Jika Bertelingkah, itu dibenci Allah SWT
Wednesday, September 24, 2008
Memikirkan Nabi SAW yang selalu tiada makanan
satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi bersama....
dari Oleh Dinsman
Kira-kira lima tahun lalu saya bersama Nasir Jani membuat sebuah dokumentari video mengenai “Puasa Ramadan di Malaysia”. Hari ini saya tiba-tiba teringat - bukan kepada VCD yang sudah siap itu, tetapi kepada satu masalah besar waktu membuat penggambaran untuk mengumpul bahan dokumentari itu.
Apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakan bahan visual yang dapat kami kumpulkan rupa-rupanya adalah mengenai peristiwa orang makan. Sedangkan dokumentari itu mengenai orang Malaysia menahan diri tidak makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Dia jadi terbalik. Songsang.
Tetapi memang pun banyak peristiwa makan. Betul, orang Islam dewasa tidak makan di siang hari. Tetapi menjelang petang terdapat satu kesibukan orang hendak membeli makanan, yang luar biasa sibuknya, di mana-mana, di seluruh negara. Pasar atau bazar Ramadan tiba-tiba muncul di sana sini. Hal yang tidak pernah terjadi di luar bulan Ramadan. Ia suatu pesta makanan yang paling besar di dunia.
Mengapa ia terjadi songsang begitu? Tentulah bukan begitu yang diajarkan Nabi.
Itulah persoalan saya lima tahun lalu, dan masih menjadi persoalan hingga kini. Bahkan ia berkembang lagi, apabila fikiran saya tersangkut pada cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu.
Rasulullah ikat batu di perut
Sukar hendak saya bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu. Tak boleh. Saya gagal merasionalkannya. Tidakkah perbuatan itu akan menimbulkan rasa sakit pula di perut itu kerana adanya batu-batu yang diikat padanya?
Saya kebetulan sedang membaca beberapa buah buku yang di dalamnya terdapat cerita-cerita berkenaan. Misaalnya buku “Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman” hasil karya Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru diterbitkan oleh Anbakri Publika.
Antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. “Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati.”
“Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.” (ms 45)
Dan bayangkanlah. Walaupun terpaksa menahan lapar, Nabi dan para sahabat bekerja menggali parit itu dalam keadaan gembira dan bersemangat. Kata Nik Aziz, “Ketika menggali parit, para sahabat bersajak dan bersyair untuk membangkitkan semangat juang. Rasulullah s.a.w. juga turut bernasyid bersama-sama mereka.” (ms 34)
Rasulullah tiga hari tak makan
Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: “Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu.”
Rasulullah solat duduk kerana kelaparan
Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, “Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?’ Baginda menjawab: ‘Lapar, wahai Abu Hurairah’.” (ms 230)
Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.
Rasulullah tidak daif
Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.
Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta, dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun, mengikut Jamilah al-Mashri, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.
Katanya, “Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan.” (ms 138)
Sahabat rebah ke tanah kerana lapar
Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: “Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.
Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami.” (ms 35)
Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulangkali dari pelbagai sudut, saya bukan saja merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu, tetapi juga merasai beberapa pertanyaan yang mendesak, memerlukan pemahaman yang lebih rasional dan wajar.
Misalnya, dua tahun lalu saya pernah mengutip idea dan pemikiran Abul Hasan Ali An-Nadwi dari bukunya Pertentangan Iman dengan Materialisma, untuk dialog drama pentas saya yang berjudul “Tamu Dari Medan Perang”.
Rasulullah tidur atas pasir!
Dalam drama tersebut watak Mufti membacakan sebuah hadis, begini: “Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar ibnul Khattab, katanya: Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya.
“Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu.”
Kehidupan kita sudah lari dari Sunnah!
Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.
Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan “tidak menunjukkan kemajuan ketara”. Kata Nik Aziz: “Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana.” Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini.
———–
Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau sms 0136362408
Monday, September 8, 2008
Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin
Al-hamdullilah...
Syukur kepada Allah yang telah memberikan kesempatan untuk saya menyiapkan assignment dan kerja-kerja di pejabat. Hari nie barulah terasa lega sedikit.. So, boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja di pejabat di samping satu lagi assignment. Cuma, minggu depan perlu menumpukan perhatian untuk persediaan exam... Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat suami yang sentiasa memahami keadaaan isterinya yang kekadang teramat sibuk dengan urusan kerja disamping pelajaran sehingga kelam-kabut dalam menguruskan hal rumah tangga. Buat anak-anak yang kekadang terasa seperti kurang mendapat perhatian dan belaian dari uminya.. Umi minta maaf banyak-banyak.
Okay.. Mari kita preview semula sepanjang 3 minggu yang lalu, berbagai- bagai peristiwa politik berlaku telah mewarnai Malaysia. Anwar menang besar di permatang pauh dengan majoriti undian sebanyak 15,671 undi. Saya berkata di dalam hati "Ya Allah sesungguhnya memang benar hanya Engkaulah yang mengetahui akan segala sesuatu samada yang telah berlalu atau akan datang."
"Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin-Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana"
Jika di ungkap kembali 10 tahun yang lepas, sewaktu itu saya berada di tahun ke-2 Jurusan Perakaunan, di mana pada tahun itulah berlakunya pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau dipecat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas alasan tidak layak berada dalam kerajaan dan parti disebabkan beberapa isu menyentuh soal peribadi dan jawatan politik. Kemudian Anwar dihadapkan di mahkamah berhubung tuduhan salah guna kuasa dan hubungan seks di luar tabii. Ia sekali gus menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya umum berikut dan larangan lima tahun telah meletakkan beliau di luar aktiviti politik secara aktif.
Siapa sangka kini Anwar kembali semula dipersada politik negara di mana pada tanggal 28 Ogos 2008 lepas, Anwar telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh...
Kesemuanya adalah takdir Allah swt. Jika ada diantara manusia mengatakan bahawa perancangan merekalah yang terhebat, paling bagus dan paling bijaksana... Janganlah takbur kerana manusia cuma boleh merancang tetapi hanya Allah swt yang menentukan.
Ibu selalu mengingatkan saya supaya janganlah kita menyombong diri, bongkak dan angkuh di atas kemewahan, kesenangan dan pengaruh yang dimiliki kerana ianya semua bersifat sementara. Mungkin, hari ini kita senang, berduit ada pangkat dan dihormati, tetapi belum tentu esok kita memilikinya. Mana tahu tetiba esok kita mati atau accident atau ditimpa musibah dan segala yang kita miliki hilang begitu sahaja kerana tidak ada apa yang di kekal muka bumi ini.
Saya juga sangat tertarik dengan kata-kata Tuan Guru Nik Azis, katanya " Allah berikan kita pangkat dan harta di dunia ini bukannya percuma tetapi untuk disoal di akhirat kelak"...
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...
Doa Ramadhan:
Hari Kelapan“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”