Kepada Abah & Suami Tersayang...
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu
salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi
tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali
takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat
sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang
tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan
sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika
beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin
dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna
di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu
sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak
menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air
yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai
erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak
bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar
bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia. Radio IKIM
...
|
No comments:
Post a Comment