My Journal: WAN

Monday, April 28, 2008

WAN

Al-Fatihah

Kali pertama aku menulis kisah WAN adalah pada 21/3/08 yang lepas. Tak ku sangka, WAN meninggal dunia pada 21/4/08, iaitu minggu lepas. WAN meninggal dunia kerana sakit tua. Sebulan jer WAN sakit teruk... dan akhirnya dia telah kembali mengadap Allah swt.. Pencipta Yang Maha Agung.

Pada pandangan aku, tanggungjwab WAN sebagai seorang khalifah di muka bumi ini telah sempurna. Pada aku, Arwah telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, ibu dan nenek dengan begitu sempurna sekali. WAN telah berjaya mendidik anak-anaknya menjadi orang yang baik, ada yang berjaya sampai ke menara gading dan ada yang tidak. Jika tidak kerana masalah kemiskinan yang dialami, rasanya ramai lagi anak2 WAN yang akan berjaya.

Aku sungguh berbangga dan bersyukur kerana sifat lemah lembut WAN telah diwarisi oleh Abah. Abah mewarisi sifat WAN yang lembah lembut, bertolak ansur dan sangat menghormati orang tua. Aku pasti, orang yang paling sedih di atas pemergian WAN ialah abah. Abah telah menjaga WAN sepanjang WAN sakit tenat. Tiap-tiap hari abang berulang alik dari rumah ke hospital semasa WAN terlantar di hospital. Dan, bila WAN dibenarkan pulang kerumah, Abah jugak telah berulang alik dari rumah ke rumah makdah. Tiap2 hari abah kerumah Makdak, temankan WAN, sementara menunggu anak2 Makdak pulang dari sekolah.

Aku lihat di wajah abah, terpancar perasaan sedih yang teramat sangat. Ialahkan, bila sahaja seorang bayi lahir kedunia dan dia membuka matanya, orang pertama yang dilihat dan dikenali ialah ibu... Ibulah orang yang paling menyayangi si bayi.. sanggup berjaga siang dan malam waktu si bayi sakit, menangis diwaktu malam dan kasih sayang ibu tidak ternilai harganya dan tidak mampu dibayar dengan cara apa sekali pun. Patutlah Allah swt kata 'syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu'.

Aku bangga dengan abah, sebab abah telah menjaga arwah Atuk dan arwah WAN waktu mereka sakit. Tak pernah sekali pun aku mendengar abah mengeluh kepenatan kerana terpaksa menjaga WAN. Tak pernah.. tak pernah satu perkataan pun yang keluar dari mulut abah mengeluh atau merungut. Ya Allah.. Aku mohon kepada mu agar diberikan peluang, ketabahan dan kesabaran untuk menjaga ibu dan abah ku ketika diusianya uzur kelak.. Amin..

No comments: