Al-Fatihah
Kali pertama aku menulis kisah WAN adalah pada 21/3/08 yang lepas. Tak ku sangka, WAN meninggal dunia pada 21/4/08, iaitu minggu lepas. WAN meninggal dunia kerana sakit tua. Sebulan jer WAN sakit teruk... dan akhirnya dia telah kembali mengadap Allah swt.. Pencipta Yang Maha Agung.
Pada pandangan aku, tanggungjwab WAN sebagai seorang khalifah di muka bumi ini telah sempurna. Pada aku, Arwah telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, ibu dan nenek dengan begitu sempurna sekali. WAN telah berjaya mendidik anak-anaknya menjadi orang yang baik, ada yang berjaya sampai ke menara gading dan ada yang tidak. Jika tidak kerana masalah kemiskinan yang dialami, rasanya ramai lagi anak2 WAN yang akan berjaya.
Aku sungguh berbangga dan bersyukur kerana sifat lemah lembut WAN telah diwarisi oleh Abah. Abah mewarisi sifat WAN yang lembah lembut, bertolak ansur dan sangat menghormati orang tua. Aku pasti, orang yang paling sedih di atas pemergian WAN ialah abah. Abah telah menjaga WAN sepanjang WAN sakit tenat. Tiap-tiap hari abang berulang alik dari rumah ke hospital semasa WAN terlantar di hospital. Dan, bila WAN dibenarkan pulang kerumah, Abah jugak telah berulang alik dari rumah ke rumah makdah. Tiap2 hari abah kerumah Makdak, temankan WAN, sementara menunggu anak2 Makdak pulang dari sekolah.
Aku lihat di wajah abah, terpancar perasaan sedih yang teramat sangat. Ialahkan, bila sahaja seorang bayi lahir kedunia dan dia membuka matanya, orang pertama yang dilihat dan dikenali ialah ibu... Ibulah orang yang paling menyayangi si bayi.. sanggup berjaga siang dan malam waktu si bayi sakit, menangis diwaktu malam dan kasih sayang ibu tidak ternilai harganya dan tidak mampu dibayar dengan cara apa sekali pun. Patutlah Allah swt kata 'syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu'.
Aku bangga dengan abah, sebab abah telah menjaga arwah Atuk dan arwah WAN waktu mereka sakit. Tak pernah sekali pun aku mendengar abah mengeluh kepenatan kerana terpaksa menjaga WAN. Tak pernah.. tak pernah satu perkataan pun yang keluar dari mulut abah mengeluh atau merungut. Ya Allah.. Aku mohon kepada mu agar diberikan peluang, ketabahan dan kesabaran untuk menjaga ibu dan abah ku ketika diusianya uzur kelak.. Amin..
Monday, April 28, 2008
WAN
Monday, April 21, 2008
Penawar Kepenatan
Buat teman-teman seperjuangan..dalam mengharungi kehidupan seharian,kita seringkali mengeluh dengan beban tugas di pejabat.Bagi yang telah mendirikan rumahtangga ia adalah satu cabaran yang hebat bagi kita menghadapi situasi sebegini..
Untuk dikongsi bersama, penawar segala kepenatan......sama2 kita amalkan...
Penawar Kepenatan, amalkan...
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Tuesday, April 8, 2008
New technology superior to WIFI developed in Australia
Check it Out!!!!!!
A new wireless technology being called GiFi which is being touted as faster and better than WiFi has been developed in Australia. Researchers at Melbourne University in Australia who worked on this technology say that GiFI can go as fast as 5 GB per second within a range of around 10 meters. In contrast the commonly adopted 802.11g variety of WiFi offers way slower data transfers at around 22 MB per second.
The blazing new speeds that GiFi is capable of will make it possible to transfer large multimedia files to a device in mere seconds.
The chip which is made using CMOS (complementary semi oxide conductor) technology, measures 5mm square. It only uses less than 2 watts of power to run with its 1mm wide antenna. GiFi has another advantage over WiFi implementations because it operates on a 60 GHz frequency band which is a typically little used wireless spectrum.
GiFi will not be ready until 2009 however for use in wireless networks. However, the developers are exploring using it earlier to allow connectivity between consumer goods.
iPhone gets ready for business
In an ominous sign for business device maker Blackberry, Apple has announced that the iPhone will shortly be able to support Microsoft Exchange Servers. This would make the iPhone much more attractive to corporate users who had hitherto flocked to devices such as Blackberries.
With support enabled, corporate users would be able to synchronise their calendars with Outlook and have their corporate email pushed to iPhones.
Wednesday, April 2, 2008
The First Mobile Computer
The HTC Shift provides all the power, functionality and connectivity the busy professional needs in a sleek design that is half the size and a fraction of the weight of standard notebooks. The HTC Shift is the first device to feature HTC's innovative new SnapVUE™ technology. SnapVUE provides instant access to emails, calendar, SMS messages and contacts, without the need to fully boot up the device helping conserve power and extend battery life. It also comes with the Windows Vista Business edition and a 40-gigabyte hard drive. Packed with advanced connectivity, the HTC Shift features high-speed global connectivity through with Tri-Band UMTS/HSDPA and, Quad-Band GSM/GPRS/EDGE as well as Bluetooth 2.0 and Wi-Fi. Also a multimedia powerhouse, the HTC Shift utilizes Windows Media Player 11 to provide easy access to music, videos and photos.
The HTC Shift will be available early April 2008 in Malaysia at a suggested retail price of RM 5,499.00