My Journal: Debat Bersejarah Anwar - Shabery

Wednesday, July 16, 2008

Debat Bersejarah Anwar - Shabery




Semalam menonton debat di antara DSAI dan Shabery Cheek. Tajuk perbahasan semalam berbunyi seperti berikut " Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' Kalu di berikan rating antara 0-5, saya berikan 5 point kepada DSAI dan 0 point buat Shabery Cheek. Kenapa saya letakkan rating yang tinggi buat DSAI dan 0 buat Shabery Cheek... Marilah kita analisa statement diantara dua pendebat ini:


Ok, sekarang mari kita analisa hujah dari DSAI:


  • Kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurunkan harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.


  • Kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.


  • Kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak


  • Menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga bahan bakar tersebut.


  • Pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.


  • Negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.


  • Kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.


  • Membangkitkan persoalan kenapa bantuan diberikan kepada pelabur dan tauke perniagaan besar di pangil insentif. Tetapi untuk rakyat petani, nelayan, peladang, orang awam, pekerja kilang di panggil subsidi. Mengapa istilah subsidi ini cuba diberi gambaran buruk oleh kerajaan BN. Sedangkan kedua2nya adalah berbentuk bantuan dan kearah maksud yang sama.


  • Menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.


  • Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya. Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.


  • Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenainya. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan. Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.



Mari kita teliti hujah dari Shabery Cheek:
  • Kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.


  • Harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.


  • Jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntungkan orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya


  • Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.


  • Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.


  • Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.


  • Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.


Rasa-rasanya, daripada pembentang hujah tersebut, hujah yang manakah lebih relevan dengan tajuk perbahasan dan mempunyai fakta yang kukuh? Apa yang saya minta, adililah pengujahan mereka dari sudut pandangan untuk memakmurkankan rakyat Malaysia, bukannya berdasarkan kepada fahaman politik.

Akhir kata, saya benar-benar teruja sekiranya di adakan perdebatan sekali lagi dan kali ini pihak kerajaan BN pula menjemput Tun Mahathir. Nak dengar jugak, apa kata Tun nie.

    No comments: