My Journal: October 2008

Wednesday, October 22, 2008

APA PUNCA ANAK DERHAKA

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w.
" Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"
dimana yang nak dipuk! ul tu?
Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka
. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
seb! againya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima
.
Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak
. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
1.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap
.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak -anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Wednesday, October 8, 2008

ISA Relevan atau Tidak?

Saya tertanya-tanya kenapa ada pihak yang bersungguh-sungguh mahu memansuhkan akta ISA di Malaysia. Analisa yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada kajian yang majoritinya diperolehi dari sumber di internet. Kajian ini hanyalah bersifat ’ingin tahu’ dan untuk dikongsi bersama kepada para pembaca. Ianya tidak menyebelahi mana-mana parti politik samada di Malaysia atau luar negara. Saya serahkan kepada para pembaca sendiri untuk memutuskan samada ISA masih relevan di Malaysia atau tidak selepas 51 tahun kemerdekaan negara dicapai.

ISA ialah Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ianya merupakan undang- undang Pertahanan pencegahan (preventive detention) yang berkuat kuasa di Malaysia. Perundangan ini diwarisi oleh kerajaan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 daripada British. ISA pada asalnya diwujudkan dengan tujuan utama untuk berhadapan dengan ancaman bersenjata daripada komunis serta kegiatan-kegiatan subversif. Susur galur ISA bermula dari Ordinan Perintah Darurat 1948.

Undang- undang Pertahanan Pencegahan telah diguna pakai semenjak tahun 1948. Pada tahun 1948, Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 telah diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent sebagai langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, samada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.


Darurat diisytiharkan berakhir pada 30 Julai 1960. Walaupun darurat telah diisytiharkan berakhir, tetapi peraturan 17 yang terkandung dalam The Emergency Regulation Ordinance 1948 yang telah dimansuhkan pada 1960 tetapi telah dimasukkan di dalam peruntukan ISA. ISA berkuatkuasa pada 1 Ogos 1960 dan di letakkan dibawah Artikel 149 Perlembagaan Malaysia, dimana kuasa penahanan ISA terletak dibawah Menteri Dalam Negeri. Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. ISA merupakan akta yang paling kontroversi diluluskan didalam Artikel 149 Perlembagaan Malaysia!

Di antara Peruntukan Undang- Undang di Bawah Akta ISA:

Section 8(1) of the ISA provides that ‘(i)f the minister is satisfied that the detention of any person is necessary …’ then s/he may issue an order for his/her detention. The three grounds given in Section 8(1) upon which the order may be based is where a person has acted in any manner prejudicial to the:
a) security of Malaysia or part thereof; or
b) maintenance of essential services; or
c) economic life.


Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Apa itu Kegiatan Subversif?

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.


Terdapat kekaburan di dalam peruntukan ini di mana peruntukan ini tidak menyebut apa jenis kegiatan subversif samada komunisme atau apa-apa sahaja yang mengancam ketenteraman awam. Oleh kerana ia tidak bersifat spesifik makanya potensi penyalahgunaan kuasa amatlah besar kerana ISA berpotensi menggugat dan menghakis hak asasi manusia dan amat bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.


Mengapa ISA diperlukan selepas berakhirnya Darurat 1948?

Pihak British telah melakukan beberapa inisiatif untuk berdamai dengan pihak komunis sejak bermulanya Darurat, namun tidak ada satu pun usaha ini berjaya. Menjelang pencapaian kemerdekaan daripada British, Tuanku Abdul Rahman turut mengadakan pertemuan di Baling. Perundingan ini turut gagal.

Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan menjelang kemerdekaan Malaya bagi merundingkan perdamaian dengan komunis dan mengambil kira kemungkinan tamatnya Darurat. Jawatankuasa yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pasukan polis dan tentera inilah yang merumuskan asas-asas penting bagi peraturan-peraturan selepas berakhirnya Darurat. Peraturan-peraturan inilah yang menjadi tonggak kepada ISA pada tahun 1960.

Peruntukan permohonan bagi pencegahan atas penahanan tanpa bicara dimasukkan demi menjustifikasikan dua hingga tiga ratus tahanan yang disyaki pengganas komunis yang sedang ditahan pada masa itu.

Tun Razak ketika membentangkan rang undang-undang ISA menjelaskan bahawa pada masa itu masih terdapat seramai 583 anggota komunis bersenjata di Perlis, Kedah dan bahagian barat Kelantan dan di sempadan Malaya dan Thai. Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa keselamatan Persekutuan masih menjadi isu penting dan orang ramai masih perlu dilindungi daripada kegiatan-kegiatan subversif anggota-anggota komunis. Tun Razak juga memberi jaminan bahawa ISA akan digunakan secara berhati-hati untuk mengelakkan daripada disalahgunakan.

Semasa membentangkan rang undang-undang tersebut, Tun Razak menjelaskan undang-undang seperti ISA telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tamat dalam tempoh selepas satu tahun dan Dewan Rakyat boleh membuat resolusi membatalkannya pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi, Pindaan perlembagaan juga pada 31 July 1960 telah membatalkan perenggan (2) dalam Artikel 149 yang memperuntukkan kuatkuasaan undang-undang anti-subversif hanya untuk satu tahun. Sebaliknya peruntukan ini mengatakan ianya boleh dibatalkan melalui resolusi yang diluluskan dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dengan itu apa yang pernah dijanjikan oleh Tun Razak dalam Dewan Rakyat pada 22 April 1960 bahawa undang-undang seperti ini akan dimansuhkan pada bila-bila masa tidak pernah menjadi kenyataan.

Pada tahun 1989, ISA sendiri dipinda untuk menghalang mahkamah membuat sebarang penilaian dan semakan terhadap apa yang diputuskan ataupun diabaikan oleh Menteri dalam menguatkuasakan peruntukan ISA. Tajuk kepada bahagian XI di mana terkandung Artikel 149 dalam Perlembagaan Persekutuan diperluaskan bagi mengukuhkan penggunaan ISA sebagai satu instrumen yang menghalang sebarang usaha menggugat kuasa yang sedang memegang tampuk pemerintahan. Pada masa kini, mahkamah hanya melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.

Di manakah Pusat Tahanan ISA?

Tahanan ISA biasanya akan ditempatkan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. Dalam masa 60 hari, mereka yang ditahan kebiasaannya tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar, tambahan pula peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Selepas 60 hari, jika perintah tahanan ditandatangani oleh Menteri terbabit dan diteruskan sehingga 2 tahun, barulah ahli keluarga boleh datang melawat orang yang ditahan. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Dalam tahanan ISA, proses soal siasat menjadi rutin kehidupan mereka yang ditahan. Ini adalah prosedur biasa yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mencari punca sebenar sesuatu kes yang ditahan di bawah akta ISA. Tahanan akan diletakkan secara individu di dalam sel penjara yang kecil yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia.

Tempoh 2 tahun penahanan samada dipanjangkan atau dikurangkan adalah mengikut budi bicara Menteri Keselamatan Dalam Negeri setelah beliau meneliti fakta dan faktor berkaitan nisbah keselamatan yang berkaitan. Banyak fakta sesuatu penahanan itu tidak boleh diketahui umum lantaran ianya diklasifikasikan sebagai butiran keselamatan negara. Hanya pihak berkuasa tertentu yang berhak menelitinya.

Oleh itu, dalam konteks inilah mahkamah dihalang daripada menimbangkan sesuatu kes mengenai penahanan seseorang kerana faktor keselamatan yang berkait rapat dengannya dan ia merupakan rahsia negara di mana jika diketahui umum akan mendatangkan kemudaratan kepada keamanan negara. (Maaf saya sendiri sangat kabur berkenaan dengan statement ini!. Adakah benar kes-kes ISA dilarang daripada dibicarakan kerana ianya melibatkan faktor keselamatan negara atau untuk melindungi kepentingan kuasa Eksekutif?!)


Adakah ISA ZALIM?

Setelah membuat kajian di internet berhubung Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan membaca blog-blog penulisan, ianya telah menguatkan lagi keyakinan saya bahawa akta ISA sangat zalim kerana ianya menentang Hak Asasi Manusia.

Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan-peruntukan paling kontroversi yg tercatat di bawah ISA. Antaranya ialah melalui seksyen 8, 22, 57 dan 73 Akta ISA (yg telah diterangkan) kerana ia memberikan kuasa yang begitu luas kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pihak Polis untuk melakukan penangkapan dengan sewenang-wenangnya. Melalui seksyen-seksyen yang kabur ini, pihak kerajaan di berikan kuasa yang penuh untuk melakukan tangkapan yang konon nya bersifat pencegahan kepada mana-mana individu yang melakukan perkara subversif yang mana kuasa ini hanya di berikan ketika waktu darurat sahaja !.Namun, di bawah seksyen-seksyen tersebut, penahanan tanpa bicara di bolehkan. Ini jelas merupakan perlanggaran kepada hak asasi seseorang warganegara.

Sebagai contoh, bekas penasihat undang-undang kumpulan Al-Arqam iaitu encik Zabidi Mohammed yang pernah di tahan di bawah ISA menyatakan bahawa beliau di tangkap di bawah seksyen 73(1) ISA tanpa waran. Hanya selepas beliau pulang daripada menikmati satay kajang!. Tanpa sempat memberitahu perkara tersebut kepada pihak keluarganya untuk memaklum yang beliau di tangkap, pihak polis terus sahaja membawa beliau pergi ke suatu tempat yang tidak di ketahui dan akhirnya hanya di maklumkan sebagai Police Remand Centre(PRC) sebelum di bawa ke Kem Kamunting.

Contoh terbaru ialah penangkapan Teresa Kok, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau ditahan dibawah Seksyen 73(1) ISA pada 12 Sep lalu dihadapan pintu masuk kondominiumnya selepas disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara. Selama 7 hari penahan, beliau telah dilarang daripada menghubungi peguam dan ahli keluarga.

Penahanan seperti ini adalah bersifat bahaya. Kerana apa-apa perkara sahaja boleh terjadi sepanjang tempoh penahanan dan bagaimana jika berlaku kematian dan sebagai nya, jika pihak keluarga tidak di maklumkan mengenai penahanan dan tiada akses melawat, kepada pihak mana kah perlu di tujui untuk mendapatkan penjelasan dan keadilan ?.

Bagi TAHANAN ISA, mereka DITAHAN TANPA DIBICARAN. mEREKA DITAHAN TANPA HAD MASA. sEKIRANYA PENJARA WALAUPUN 30 TAHUN, BOLEH JUGALAH DIHITUNG HAD MASANYA. sETIAP SATU HARI BERLALU MEMENDEKKAN JANGKAMASA 30 TAHUN YANG TELAH DITETAPKAN. tETAPI PENAHANAN tanpa had masa, MEMBUNUH SEGALA harapan. tANPA KEKUATAN BATIN MANUSIA MATI SEBELUM jASADNYA!
“dIPENJARA TANPA KESALAHAN ADALAH SUATU KEZALIMAN. iA JADI LEBIH ZALIM APABILA TIADA PERBICARAAN SEMPURNA YANG DIJALANKAN. pENSABITAN HANYA ATAS BUDI BICARA MANUSIA YANG DISEMPURNAKAN TANPA HAD MASA.” Saifulislam.com


Bagi keluarga tahanan ISA, hidup mereka terseksa. Suami yang berada dalam tahanan entah bila akan ketemu. Kerinduan anak-anak tahanan ISA terhadap ayah tidak tertanggung. Melalui ISA, seorang suami terpisah dari isteri, ayah terpisah dari keluarga dan anak terpisah dari ibu bapa serta seorang insan terpisah dari komunitinya.Pada saya, akta zalim ISA benar-benar meragut kasih sayang dan keluarga hilang penggantungan.

Dalam keluaran Harakah pada 3 Julai 2008 yang lalu, kita dikejutkan dengan kematian salah seorang anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang sebelum sempat menatap wajah ayah yang dirinduinya sejak 7 tahun yang lalu.

Ayah Allahyarhamah Aina, Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu dan beliau hanya sempat menatap wajah kaku anaknya itupun setelah melalui pelbagai kerenah birokrasi ISA

Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Shahrial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap jenazah anaknya. Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.

Sebelum menutup coretan ISA ini, saya selitkan sebuah lagi kisah sedih dari anak remaja yang menjadi mangsa kezaliman ISA. Sudah tujuh tahun ayahnya di ISAkan…bagaimanakah agaknya mereka menempuh raya pada kali ini ….
(sumber blog: syukran.wordpress.com)

Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih ‘disimpan’ oleh Hamid Albar di Kem Kamunting. Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib.
Jariku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam.

“Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..,” kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.

Aku memandu agak perlahan. Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas.

“Bacalah kad yang abah kirim tu” kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.

Suhaib membaca seketika, tapi kemudian segera meletakkan kad itu di dalam laci dashboard.
Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.

“Kenapa ni? Apa yang abah tulis? Abah marah Suhaib ke” tanya ku bertalu-talu.

Suhaib mendiamkan diri. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.

Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang di sebelahku ini. Malas nak layan. Kami berdua sama-sama membatukan diri.

Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali. Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.

Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Aku perasan hidung dan matanya merah sedikit.

Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.

Aku mencapai kad raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.
“Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.
“Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain…..”


Ohhhh! Inikah ucapan yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.

Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami. – oleh Norlaila Othman

Ingatlah pesanan Rasullullah SAW:

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Penutup:

Jika disemak, kebanyakan alasan penahanan ISA adalah bersifat politik dan bukan kerana bersifat isu keselamatan. Ini kerana undang-undang ini yang tujuan asalnya demi membanteras keganasan dan pengaruh komunis telah bertukar menjadi alat di dalam mengekalkan kuasa eksekutif pemerintah sedia ada.

Pada 1 Ogos 2008 yang lepas, genaplah 48 tahun usia perlaksanaan ISA. Sehingga kini, terdapat lebih 60 mangsa kekejaman ISA masih lagi ditahan. Entah bila agaknya mereka ini akan dibebaskan dan seterusnya pulang kepangkuan keluarga yang amat dirindui.

Yang menjadi tanda-tanya, bilakah agaknya ISA ini akan dimansuhkan? Masih relevan lagikah Akta ISA ini di dalam konteks masyarakat dan kehidupan rakyat Malaysia di hari ini?

Sekali lagi diulangi, terserahlah kepada para pembaca sendiri untuk memutuskan samada ISA masih relevan di Malaysia atau tidak selepas 51 tahun kemerdekaan negara dicapai.


Sumber rujukan

§ http://ummahonline.wordpress.com/2006/10/01/memahami-kezaliman-isa-2/
§ http://saifulislam.com
§ http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_Security_Act_(Malaysia)
§ Pemuda Malaysia blog
§ http://syeikhryz.blogspot.com
§ http://syukran.wordpress.com