My Journal: Cara Mententeramkan Jiwa

Friday, July 4, 2008

Cara Mententeramkan Jiwa

Marilah lupakan sekejap hal politik Malaysia dan kembalilah kepada fikrah kehidupan manusia yang sebenar... Mencari keredhaan Allah

Buat mereka yang hatinya gundah gulana... Berikut adalah cara-cara untuk mententeramkan jiwa

Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat , Abdullah bin Mas’ud r.a dan berkata : “Wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram , fikiranku kusut musut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah bin Mas’ud r.a telah menjawab : “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat..Pertama , ke tempat orang sedang membaca Al Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah dengan Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya milikmu.” Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al Quran dengan penuh Khusyuk. Selesai membaca Al Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang dialami selama ini terus hilang .

No comments: